Sarawak benarkan sektor ekonomi beroperasi semula 12 Mei ini

Astro Awani
Mei 9, 2020 07:59 MYT
Garis panduan pengoperasian sektor ekonomi yang ketat telah disediakan oleh pihak JPBN Sarawak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk membenarkan sektor ekonomi dibuka semula bermula 12 Mei ini di seluruh negeri.
Keputusan dicapai selepas sekretariat itu meneliti laporan yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing.
"JPBN memutuskan aktiviti sektor ekonomi dibuka dan dibenarkan beroperasi mulai 12 Mei 2020 di seluruh Sarawak.
"Garis Panduan (SOP) pengoperasian telah disediakan dan sedang dimaklumkan kepada semua pihak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dan dilarang. Pihak yang berhasrat membuka semula aktiviti ekonomi hendaklah memaklumkan kepada jpbn bahagian masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Sabtu.
Tambah Uggah, keputusan ini dibuat tidak bermakna kerajaan negeri mengabaikan aspek kesihatan.
Katanya, kedua-dua aspek kesihatan dan ekonomi diambil kira demi kepentingan semua pihak.
"Oleh itu garis panduan pengoperasian sektor ekonomi yang ketat telah disediakan bagi memastikan langkah-langkah pematuhan dan pencegahan dipatuhi," katanya.
Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan empat lagi kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 542 kes.
Daripada empat kes itu, masing-masing dua kes dari Daerah Kuching dan Tebedu.
#COVID-19 #Datuk Amar Douglas Uggah Embas #dibenarkan beroperasi #Douglas Uggah Embas #Dr Chin Zin Hing #Jabatan Kesihatan Sarawak #JPBN Sarawak #Pengerusi JPBN Sarawak #Sarawak #sektor ekonomi