Kerajaan Negeri Sarawak akan berusaha memastikan tanah milik masyarakat Melayu di pusat-pusat bandar di negeri ini akan kekal dalam pemilikan mereka dan waris mereka.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata tanah itu kini kebanyakannya sudah bertukar tangan yang menyebabkan masyarakat itu kehilangan tanah bernilai tinggi dan peluang pelaburan.
"Saya mahu membantu masyarakat ini supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi. Sementara masyarakat Bumiputera lain seperti Iban, Bidayuh mempunyai Tanah Adat (NCR), masyarakat Melayu hanya mempunyai tanah di kawasan bandar dan subbandar," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan upacara pecah tanah projek pembangunan Hikmah Exchange, iaitu bangunan komersial setinggi 22 tingkat dilengkapi ruang pejabat dan pusat konvensyen di Jalan Haji Taha di sini, hari ini.
Projek membabitkan kos lebih RM300 juta di tapak seluas 1.47 hektar itu milik Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak (YHBS).
Ia akan dibangunkan oleh Permodalan Satok Berhad dengan kerjasama Majlis Agama Islam Sarawak, Harakah Islamiah (Hikmah), Pelita Holdings Sdn Bhd dan Faradale Development Sdn. Bhd.
Projek itu dijadual siap pada Oktober 2020.
Abang Johari berkata beliau akan mengkaji pendekatan sesuai untuk membantu masyarakat Melayu membangunkan tanah mereka di bandar bagi membolehkan ia terus terpelihara dan pada masa sama membantu mereka melakukan pelaburan yang baik.
Mengenai projek Hikmah Exchange, beliau berkata ia akan menjadi mercu tanda baharu di bandaraya ini dan kebanggaan masyarakat Melayu.
Katanya ia akan menjadi bangunan pintar atau digital pertama di negeri ini dengan bantuan Telekom Malaysia Berhad.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017
ABANG JOHARI: Saya mahu membantu masyarakat ini supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi.
Mangsa banjir di Perak, Perlis, Pahang & Kedah meningkat
Jumlah mangsa banjir meningkat di Perak, Perlis, dan Selangor akibat cuaca tidak menentu, manakala situasi di dan Pahang menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
China lancar tinjauan fahami 'ketakutan mempunyai anak'
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China sedang membuat kajian terhadap 30 ribu rakyatnya untuk memahami faktor yang mempengaruhi sikap mereka terhadap melahirkan anak dan "ketakutan mempunyai anak".
Netanyahu hadapi tekanan tamatkan peperangan di Gaza
Pembunuhan Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar oleh Rejim Zionis Israel telah meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Video terakhir Yahya Sinwar bukti pejuang sejati
Rejim Zionis Israel melakukan kesilapan apabila menyiarkan rakaman video memaparkan saat-saat akhir Yahya Sinwar sebelum kematiannya dengan niat memalukan Pemimpin Hamas itu.
Hamas dijangka namakan ketua baharu di luar Gaza
Pejuang Palestin Hamas berkemungkinan akan menggantikan Yahya Sinwar dengan pemimpin politik baharu yang berpangkalan di luar Gaza.
Perang makin memuncak, bukan makin reda
Peperangan semakin memuncak di Asia Barat apabila ikrar daripada Pejuang Hamas dan Hezbollah untuk terus memerangi musuh Israel di Gaza dan Lubnan.
“Kami serah mayat Yahya Sinwar, anda pulangkan tawanan kami” - Israel
Israel berhasrat jadikan mayat pemimpin Hamas yang dibunuh Zionis, Yahya Sinwar sebagai 'alat tawar-menawar' pembebasan tawanan.
Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala
Kecederaan pada lengan kanan Yahya akibat "tembakan peluru berpandu," kaki kiri cedera akibat "binaan runtuh" selain kecederaan serpihan pada tubuhnya.
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar - Abang Johari
Kerajaan negeri kini beri penekanan kepada mencari jalan memanfaatkan kekuatan, terutamanya dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
Pengambilalihan MASwings dimuktamadkan tidak lama lagi - Abang Jo
Proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Sayap belia PBB boleh jadi calon pilihan raya jika tepati syarat - Abang Johari
Syaratnya, calon itu hendaklah mempunyai kebolehan dan diterima oleh semua pihak terutama sekali pengundi.
Gandingan PM, Abang Jo bukti keserasian dan hormat-menghormati - Alexander
Ahli Parlimen Kapit itu juga menyifatkan gandingan Anwar dan Abang Jo sebagai Segulai Sejalai.
PM hadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja ke Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, yang bermula hari ini.
Sarawak minta kuasa daripada Persekutuan untuk lantik jemaah PPN, PPK - Abang Johari
Kerajaan Sarawak meminta supaya kerajaan Persekutuan mengembalikan kuasa bagi pelantikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Persatuan Peladang Negeri (PPN) dan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) di negeri itu.
Pokok sagu penting untuk kelestarian alam sekitar - Abang Johari
Pokok sagu memainkan peranan penting dalam kelestarian alam sekitar dan sesuai untuk memulihkan tanah gambut yang degradasi.
Kerajaan Sarawak rancang penubuhan kolej teknikal Islam - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan kolej teknikal Islam bagi memberi peluang kepada anak-anak Islam di negeri itu melanjutkan pelajaran.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.