Saravanan akan kongsi amalan baik Malaysia tangani buruh paksa semasa lawatan ke Washington
Bernama
Mei 7, 2022 14:05 MYT
Mei 7, 2022 14:05 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan akan berkongsi amalan baik Malaysia dalam menangani isu buruh paksa semasa lawatan kerja ke Washington, seiring dengan lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN - Amerika Syarikat dari 10 hingga 13 Mei ini.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Saravanan berkata beliau juga akan meneroka peluang kerjasama dua hala dengan kerajaan Amerika Syarikat sebagai antara usaha dalam memastikan produk dan syarikat Malaysia tidak terus dikaitkan dengan isu buruh paksa.
"Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berhubung buruh paksa susulan daripada lawatan kerja saya ke Geneva dan London bagi mendeposit ratifikasi protokol Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berhubung buruh paksa iaitu Protokol 29 dan perbincangan dengan United Kingdom untuk isu yang sama baru-baru in
"Saya dijadualkan bertemu dengan beberapa jabatan di Amerika Syarikat yang berkait rapat dengan isu buruh paksa seperti Jabatan Buruh Amerika Syarikat serta Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat, termasuk satu sesi berasingan dengan Responsible Business Alliance," katanya.
-- BERNAMA