Sarang lebah di koridor sekolah... Bomba bertindak atas panggilan
Vivi Sumanti
Januari 5, 2020 20:49 MYT
Januari 5, 2020 20:49 MYT
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai bertindak menghapuskan sarang lebah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sok, di sini, pada Ahad.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Mohd Razani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekolah mengatakan ada sarang lebah di koridor tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.
Katanya, bimbang dengan keselamatan murid, pengadu meminta pihak bomba menghapuskan sarang lebah itu.
"Kira-kira jam 10.32 pagi, saya bersama tujuh anggota dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi kejadian bagi menghapuskan sarang lebah ini.
"Kami melakukan kerja memusnahkan sarang tebuan ini dengan membuat size up (pemerhatian menyeluruh) di lokasi dan serangga berbisa ini dimusnahkan dengan menggunakan racun jenis Baygon," katanya.
Mohd Razani berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memusnahkan sarang lebah itu dan operasi tamat pada jam 11.59 pagi.