SAR pelajar politeknik lemas: Pos kawalan baharu dibuka di muara Kuala Dungun
Astro Awani
Januari 18, 2020 06:23 MYT
Januari 18, 2020 06:23 MYT
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dikhuatiri lemas sejak Jumaat diteruskan dengan membina satu lagi pos kawalan hadapan di muara Kuala Dungun.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azman Alias berkata, langkah tersebut dilaksanakan bagi melancarkan lagi operasi susulan kehilangan pelajar-pelajar itu di Pantai Teluk Bidara.
Menurutnya, penubuhan pos kawalan itu juga berikutan pihaknya mengalami masalah komunikasi di pos kawalan utama di pesisiran Pantai Teluk Bidara.
“Ini bagi memudahkan kita yang mengalami beberapa kesukaran dari segi komunikasi dan perhubungan, kerana kawasan pencarian ini didapati mengalami masalah gangguan komunikasi dari pihak Safura.
"Kawasan ini terlindung daripada ‘blind spot’ jadi kita telah mengatasi dengan pihak Sapura bagi mengatasi masalah dan operasi kita masih diteruskan,” katanya.
Beliau berkata jarak pos kawalan itu juga melebihi 10 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Jelasnya, lokasi itu juga berhampiran dengan tempat tumpuan pencarian sehingga ke Pantai Teluk Gadung.
Pada Jumaat, kegembiraan enam pelajar PSMZA bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Jumaat, mangsa Mohamad Zul Fahmi Zuki, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, Mohammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, kesemuanya berusia 21 tahun, dikhuatiri lemas selepas dipukul ombak besar.
#Azman Alias
#bomba
#Dungun
#hilang
#JBPM Terengganu
#kesukaran
#Kuala Dungun
#lemas
#mangsa
#masalah komunikasi
#operasi
#Pantai Teluk Bidara
#Pantai Teluk Gadung
#pelajar
#Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
#pos kawalan hadapan