SAR kapal korek: Satu mayat ditemui terapung

Raffi Bachik
Mac 23, 2018 21:48 MYT
Bagaimanapun identiti mangsa yang dipercayai korban kedua nahas kapal itu masih belum dikenal pasti.
Satu mayat dipercayai 12 kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 ditemui terapung di Perairan Parit Jawa lewat petang ini.
Mayat mangsa dibawa naik ke jeti nelayan Pantai Leka, Parit Jawa yang merupakan Pangkalan Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 8.15 malam dengan menggunakan bot Pasukan Polis Marin (PPM).
Bagaimanapun identiti mangsa yang dipercayai korban kedua nahas kapal itu masih belum dikenal pasti.
Satu sidang media berkaitan penemuan terbaru ini juga dijangka diadakan pada pagi esok.
BACA: Seorang lemas, 11 kru kapal korek pasir hilang di perairan Muar
BACA: Anak kapal yang terperangkap mungkin masih hidup - Maritim
BACA: SAR kapal korek pasir diteruskan hari kedua
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk proses bedah siasat.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan, sebuah kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang membawa 18 anak kapal terbalik di kedudukan 8.5 batu nautika dari jeti nelayan Pantai Leka, Parit Jawa, sekitar 7.50 pagi rabu.
BACA: SAR kapal korek temui respon positif
BACA: Operasi SAR kapal korek diteruskan, dengar bunyi ketukan
BACA: SAR kapal korek: Mangsa pertama diselamatkan
BACA: SAR kapal korek: Mangsa kedua dijumpai selamat
Tiga mangsa ditemui selamat pada hari kejadian manakala seorang lemas selain 14 lagi masih terperangkap.
SAR pada hari ketiga (Jumaat) berjaya menemui dua kru kapal yang terperangkap di bilik enjin kapal tersebut.
#Hospital Pakar Sultanah Fatimah #JBB Rong Chang 8 #Johor #kapal #Maritim Malaysia #Muar #Pantai Leka #Parit Jawa #SAR #terbalik
;