"Sapulah air matamu..." Pesan Dr Noor Hisham kepada 'frontliners'

Hasimi Muhamad
Oktober 4, 2020 15:36 MYT
'Jeneral Perang' itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 - Foto: Twitter Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR: “Sapulah air matamu…,” demikian ungkapan penuh bermakna yang dititipkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada para petugas barisan hadapan tatkala kes COVID-19 di negara ini menunjukan peningkatan, sejak kebelakangan ini.
‘Jeneral Perang’ itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu, petugas barisan hadapan perlu cekal berdepan dengan situasi tersebut walaupun berada dalam keletihan.
“Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berhadapan dengan perang yang besar di hadapan. Negara sedang bergantung kepada kita…
“Walaupun sering tidak cukup tidur dan keletihan, sapulah air matamu, bangkit dan terus berjuang (dan) ayuh sekali lagi meratakan lengkung jangkitan COVID-19,” tulis Dr Noor Hisham dalam catatan tersebut.

To all our frontliners we have a huge battle ahead of us. Our country depends on us despite many sleepless nights and chronic fatigue, wipe your tears, chin up, eyes forward, lets flatten the curve again pic.twitter.com/nTF8O6VRay

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ciapan yang turut memaparkan gambar petugas KKM berada di hadapan Penjara Alor Setar, Kedah itu mendapat ulang siar lebih 19,000 pengguna Twitter, setakat ini.
Kemaskini tersebut nyata menyentuh hati warganet, yang rata-rata berharap agar petugas barisan hadapan negara terus kuat mengharungi cabaran dalam menghapuskan COVID-19.
Pengguna Twitter bernama Hurrem (@madamaenn) berkata: “Kami sentiasa mendoakan DG (Ketua Pengarah Kesihatan) dan semua ‘frontliners’. Terima kasih Allah S.W.T kerana memberikan kami semua hero-hero ini.”

Kami sentiasa mendoakan DG n semua frontliners . Thank u Allah sbb bagi kami semua hero2 ni . Without Allah n all of u we could never be saved. Kami tak pernah salahkan DG bab2 politik ,DG dah buat lebih baik dr yg terbaik utk kami. Allah pasti bg syurga utk DG dan semua

— hurrem #RAKYATJAGARAKYAT (@madamaenn) October 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pengguna Twitter, Michelle Lee (@leychien_lee) berharap agar para petugas sentiasa dalam keadaan selamat.
“Kepada semua petugas barisan hadapan, (kami) sangat menghargai sumbangan dan pengorbanan anda. Berdoa agar ‘peperangan’ ini akan berakhir tidak lama lagi,” tulisnya.

Stay safe all the frontliners. Some may be our friends who have to go through this. Please everyone, stay at home for all of them! To all the frontliners, appreciate much for all your contributions and sacrifices! Pray hard that this battle gonna come to an end soon!

— Michelle Lee (@leychien_lee) October 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, beberapa pengguna Twitter turut dilihat meluahkan kemarahan terhadap sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwa menyebabkan berlaku peningkatan kes COVID-19.

To our politicians we are suffering because of your foolish actions in political matters though. Our country are facing a huge battle and our people are afraid of losing job and everything that is very precious to us. Stop your political dramas and start helping properly.

— kmz (@_iamkmz_) October 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

25hb kedah drop jadi 68, sabah soaring to 710...still no pkpd in sabah. 25hb semenanjung looks green. 26hb pun semenanjung looks greener. 29hb we start seeing yellowish semenanjung. So u tell me, what is the root cause and who or whats causing our frontliners to face this again?

— boundedbyhonor (@boundedbyhonor) October 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tgklaaa akibat politician ni.....diorang penyebab covid ni tersebar, tpi frontliners pulak yg terpaksa tanggung keletihan membasmi mslh ni

— Ameyyy.zywn (@AmeyyyZywn) October 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Sabtu, Malaysia mencatatkan kes harian paling tinggi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas merekodkan 317 kes.
Kesemua kes yang dilaporkan itu membabitkan penularan dalam negara.
#Dr Noor Hisham Abdullah #Twitter #WHO #KKM #Alor Setar #Kedah #PKPD #PKP #COVID-19 #Penjara Alor Setar #Sabah #petugas barisan hadapan #frontliners #Kluster Benteng LD
;