Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok?
Astro Awani
Julai 17, 2023 18:44 MYT
Julai 17, 2023 18:44 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipercayai akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada jam 9 pagi esok.
Berdasarkan semakan Astro AWANI di laman sesawang Kehakiman, tertera nama seorang individu yang bernama 'Muhammad Sanusi Md Nor' bakal berdepan pendakwaan di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.
Astro AWANI masih menantikan maklum balas daripada Menteri Besar Kedah itu berhubung perkembangan ini.
Muhammad Sanusi, dipercayai akan didakwa berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.
Dalam ucapannya yang tular, pemimpin Pas itu yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.
Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor.
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Perikatan Nasional
#Menteri Besar Kedah
#pelantikan MB Selangor oleh Sultan Selangor