Santuni penagih dadah, galakkan pengurangan kemudaratan!

Ehsan A Marisah
September 15, 2020 10:14 MYT
Pengurangan kemudaratan dilihat sebagai cara yang lebih berperikemanusiaan dan holistik serta mampu membantu penagih mengatasi masalah penagihan mereka dari akar umbi. - Gambar hiasan
MUNGKIN sudah tiba masanya, rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa masalah penagihan dadah perlu dilihat sebagai isu kesihatan sosial dan bukan jenayah semata-mata.
Pendekatan mengurangkan kemudaratan berbeza berbanding cara lama yang memfokuskan kepada pemulihan dan pemberhentian sepenuhnya penggunaan dadah.
Pengurangan kemudaratan adalah untuk memindahkan fokus daripada hanya menghukum pengguna dadah semata-mata, kepada pelaksanaan cara yang lebih berperikemanusiaan dan holistik serta mampu membantu penagih mengatasi masalah penagihan mereka dari akar umbi.
Pengurangan kemudaratan dapat dibahagikan kepada lima konsep, iaitu kemudaratan fizikal, psikologi, sosial, ekonomi dan diri.
Pengurangan kemudaratan menjadi lebih berkesan kepada penagih sekiranya dijalankan bersama program lain seperti pendidikan risiko penyakit berjangkit, kaunseling, ujian saringan HIV, STD dan tibi serta khidmat sokongan dan tindakan susulan.
Sehingga Mac 2019, sebanyak 782 fasiliti kerajaan dan swasta menjalankan program pengurangan kemudaratan, seperti institusi penjara, fasilti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), hospital dan klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun, mengapakah alternatif pengurangan kemudaratan ini seolah-olah masih belum terbuka dan difahami umum?
Benarkah ia bersifat praktikal, boleh dilaksanakan dengan sepenuhnya, berkesan, selamat serta menjimatkan kos?
Adakah ia ditakrifkan sebagai sokongan tersirat kepada penagih dadah?
Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S11 membincangkan isu “Penyalahgunaan Dadah: Pengurangan Kemudaratan”.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com pada 15 September 2020 ini, jam 11 pagi.
Panel yang akan menyertai sesi dikendalikan oleh Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil ini, ialah Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) Ramli Abdul Samad, Pengarah/Profesor Ketagihan Pusat Penyelidikan Dadah, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Vicknasingam dan peguam serta aktivis Drug Policy Reform Samantha Chong.
#alternatif #Dadah #harm reduction #pemulihan #penagih #pengurangan kemudaratan #penyalahgunaan dadah #Prof Dr Vicknasingam #Ramli Abdul Samad #salah guna dadah #Samantha Chong #webinar
;