"Santapan seks": Bapa, datuk dan bapa saudara dituduh rogol keluarga sendiri

Rudi Affendi Khalik
Ogos 25, 2017 10:06 MYT
bapa kandung mangsa berhadapan dua pertuduhan manakala datuknya, enam pertuduhan. - Foto Astro AWANI / Rudi Affendi Khalik
Empat sekeluarga pagi ini berhadapan 13 pertuduhan di Mahkamah Majistret Kota Samarahan kerana didakwa merogol anggota keluarga mereka sendiri, sejak lima tahun lepas.
Menurut pertuduhan, mangsa yang berusia 14 dan sembilan tahun masing-masing, dirogol di sebuah rumah di Kampung Seroban Saba di Serian dan perbuatan keji itu hanya terbongkar pada 12 Ogos lalu, apabila salah seorang mangsa yang kini berusia 19 tahun mengandung 25 minggu.
BACA: "Santapan seks" bapa, datuk dan bapa saudara, empat direman
Difahamkan, bapa kandung mangsa berhadapan dua pertuduhan manakala datuknya, enam pertuduhan.
Seorang bapa saudara mangsa pula menghadapi satu pertuduhan manakala bapa saudaranya yang lain berhadapan dua pertuduhan merogol kakak dan dua pertuduhan merogol adik.
Kedua-dua mangsa yang berusia 19 dan 14 tahun kini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, manakala si kakak disahkan mengandung 25 minggu.
Kes disebut di hadapan Hakim Marutin Pagan.
#bawah umur #keluarga #mahkamah #Mahkamah Majistret #mangsa #rogol #santapan seks
;