Samsung mula beri kemas kini One UI 6.1.1

Amanz
September 8, 2024 12:10 MYT
Samsung mula memberikan kemas kini One UI 6.1.1 kepada pemilik peranti siri Galaxy S24, siri Galaxy S23, Galaxy S23 FE, Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5, dan siri Galaxy Tab S9. -Amanz
SAMSUNG mula memberikan kemas kini One UI 6.1.1 kepada pemilik peranti siri Galaxy S24, siri Galaxy S23, Galaxy S23 FE, Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5, dan siri Galaxy Tab S9.

Ringkasan AI
  • Samsung mula memberikan kemas kini One UI 6.1.1 kepada peranti siri Galaxy S24, Galaxy S23, Galaxy S23 FE, Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5, dan Galaxy Tab S9.
  • Kemas kini ini memperkenalkan ciri-ciri baharu seperti mod Interpreter di dwi-skrin, Note Assist, Composer, Sketch to Image, Circle to Search, dan Portrait Studio.
  • Kemas kini sudah diterima pengguna di Korea Selatan dan akan dilakukan secara berperingkat ke negara lain, termasuk Malaysia.

Menerusi kemas kini ini, kesemua peranti yang disenaraikan tadi menerima ciri-ciri baharu yang diperkenalkan pada Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.
Antaranya ialah kemampuan menggunakan mod Interpreter di dwi-skrin pada peranti skrin boleh lipat, Note Assist, Composer, Sketch to Image, Circle to Search yang boleh menjawab soalan matematik, dan Portrait Studio.
Proses kemas kini dilakukan secara berperingkat dan pada ketika artikel ini ditulis, kemas kini sudah diterima pengguna di Korea Selatan. -Amanz
#Samsung #One UI 6 1 1 #Galaxy S24 #ciri baharu
;