Samsung Galaxy Z Fold6, Flip6 serlah keupayaan terbaharu dan terunggul Galaxy AI

Israr Khalid
Julai 30, 2024 03:30 MYT
Samsung Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6 dan siri Galaxy Buds3 juga Galaxy Watch7 serta Galaxy Watch Ultra akan mula dijual di pasaran mulai 31 Julai 2024.
KUALA LUMPUR: Samsung mengorak langkah seterusnya untuk Galaxy AI dengan melancarkan Galaxy Z Fold6 dan Flip6, yang akan membawa anda melangkah ke era baharu pengalaman dunia digital yang tiada tandingannya.
Dengan perisian dan ciri fizikal yang diperkaya, kedua-dua telefon pintar terbaharu ini menyediakan lebih banyak peluang untuk memaksimakan keupayaan Galaxy AI untuk keunggulan komunikasi, produktiviti dan kreativiti.
Kedua-dua Galaxy Z Fold6 dan Flip6 dipacu Snapdragon 8 Gen 3 Mobile Platform for Galaxy, pemproses mudah alih yang termaju setakat ini, digabungkan CPU, GPU dan NPU terbaik, yang dioptimum untuk menyokong AI dan menawarkan grafik yang dipertingkat bersama prestasi keseluruhan yang ditambahbaik.
Galaxy Z Fold6: produktiviti skrin besar diperhebat dengan AI.
Ciri baharu transkrip terbenam (embedded transcript) ‘Note Assist’ pada Samsung Notes membolehkan rakaman audio ditranskrip, diterjemah dan dirumus secara terus.
Teks pada fail PDF juga boleh diterjemah dan ditindih dengan sempurna, malah turut menyokong teks dalam imej serta graf.
Untuk kegunaan media sosial secara khususnya, ciri baharu ‘Composer’ dari Samsung Keyboard boleh menjana cadangan teks yang mencerminkan nada pengguna dengan menganalisa hantaran-hantaran terdahulu.
Pengalaman menggunakan S Pen juga dipertingkat, dengan keupayaan baharu ‘Sketch to image’ yang membolehkan anda mencipta karya seni dengan menjana pilihan imej apabila anda cuma membuat coretan atau lukisan ringkas pada gambar di dalam skrin Galeri atau Note.
Andai kata anda mahu tahu lebih tentang sesuatu yang anda lihat pada imej atau video, cuma tekan lama butang rumah dan bulatkan, sorotkan atau ketuk pada skrin - ‘Circle to Search with Google’ akan berikan hasil carian segera kepada anda.
Memaksimakan faktor dwi-skrinnya, ‘Interpreter’ hadir dengan mod perbualan baharu yang membolehkan kedua-dua pihak yang berhubung melihat terjemahan pada skrin utama dan skrin penutup untuk interaksi yang lebih semula jadi.
‘Live Translate’ yang menterjemah panggilan telefon secara terus kepada peranti anda dalam waktu sebenar, juga dipertingkat keupayaannya melangkaui aplikasi panggilan asli Samsung kepada pelbagai aplikasi pihak ketiga yang popular.
Dari merakam hingga menyunting dan menonton, Enjin ProVisual memperhebat keupayaan ‘Photo Assist’ untuk menghasilkan kandungan bergred profesional - ‘Portrait Studio’ mencipta pelbagai gaya potret seperti kartun 3D atau lukisan warna air, ‘Instant Slow-Mo’ membolehkan anda memperlahankan video dengan janaan bingkai tambahan sambil mengekalkan kelancaran pengalaman tontonan.
Dengan set cip berkuasa dan kebuk wap 1.6 kali lebih besar disokong ‘Ray Tracing’ untuk paparan terang dan jelas pada skrin 7.6 incinya, pengalaman ‘gaming’ juga cukup hebat dengan Galaxy Z Fold6.
Galaxy Z Flip6: Pengalaman unik disesuaikan untuk anda.
Fungsi FlexWindow dengan skrin Super AMOLED 3.4 inci dipertingkat lagi, membolehkan anda menggunakan fungsi-fungsi bantuan AI tanpa perlu membuka peranti ini,
Antaranya ciri ‘Suggested replies’ yang menganalisa mesej-mesej terbaharu untuk memberi cadangan balasan yang sesuai, akses kepada perkembangan dan notifikasi Samsung Health, juga memilih lagu pada widget muzik pilihan - malah lebih banyak Widget ditawarkan kali ini yang boleh digunakan secara banyak serentak pada satu masa.
FlexCam terus membawakan pengalaman kamera yang paling serba boleh, dengan ‘Auto Zoom’ baharu yang secara automatik mencari ‘framing’ terbaik untuk gambar anda dengan mengesan subjek dan menyelaras zoom pada jarak sesuai.
Sensor 50MP Luas yang baharu menyokong 2x zoom optikal sambil menawarkan zoom AI untuk pengalaman rakaman hebat sehingga 10x zoom, sementara ‘Nightography’ diperkasa dengan video HDR membolehkan video jelas dan terang dirakam walau dalam persekitaran berpencahayaan rendah - malah ciri ini boleh digunakan terus dalam Instagram.
Soal sekuriti dan keselamatan, usah risau.
Galaxy Z Fold6 dan Flip6 dilindungi Samsung Knox, platform sekuriti pelbagai lapisan, gred pertahanan yang dibina untuk menjaga maklumat kritikal daripada kelemahan pada perkakasan hujung-ke-hujung, pengesanan ancaman waktu sebenar dan perlindungan kolaboratif.
Dengan Perlindungan Data Dipertingkat, ia menawarkan enkripsi hujung-ke-hujung apabila anda membuat salinan sandaran, penyegerakan atau mengembalikan data dengan Samsung Cloud.
Sistem keselamatan siri Galaxy Z baharu ini disokong pelbagai ciri privasi dan sekuriti termasuk Knox Vault, Security & Privacy Dashboard, Auto Blocker, kunci laluan, Secure Wi-Fi, dan perkongsian persendirian dalam Quick Share.
Lebih teguh, lebih lasak
Siri Galaxy Z kali ini menjadi yang paling nipis dan paling ringan, pada masa sama dengan struktur engsel dwi rel yang diperkuat, bingkai ‘Enhanced Armor Aluminum’, serta ‘Corning Gorilla Glass Victus 2’ menjadikannya lebih teguh dan tahan lasak.
Galaxy Z Fold6 hadir dalam warna ‘Silver Shadow’, ‘Pink’ dan ‘Navy’, sementara Galaxy Z Flip6 boleh didapati dalam pilihan warna ‘Silver Shadow’, selain Kuning, Biru dan ‘Mint’.
Seiring pengenalan siri Galaxy Z terbaharu dalam acara global Samsung Galaxy Unpacked pada Rabu, turut dilancarkan sebagai pelengkap pengalaman digital daripada Samsung adalah siri Galaxy Buds3 serta Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7.
Anda boleh membuat pra-pesanan untuk Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6 dan siri Galaxy Buds3 juga Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra mulai hari ini dan kesemuanya akan mula dijual di pasaran mulai 31 Julai 2024.
Kami tahu anda tidak sabar untuk memiliki satu daripada peranti revolusioner ini, jadi buat pra-pesanan peranti Galaxy dengan Galaxy AI anda sekarang, bermula 10 Julai 2024 (9.00pm) hingga 30 Julai 2024 (11.59pm).
Samsung Malaysia berbesar hati untuk memberikan para pelanggannya yang membuat pra-pesanan hari ini dengan hadiah-hadiah eksklusif!
“Kami sentiasa berusaha memastikan pengguna jangka panjang Samsung mendapat faedah tambahan melalui program CRM tersasar kami dan juga tawaran Tukar Beli Dipertingkat.
“Sebaliknya, pengguna kali pertama boleh saja kunjungi liputan luas produk di kedai kami yang sah dan terokai tawaran terbaik untuk anda bertukar (kepada Samsung),” kata Luke Au, Ketua Pemasaran Produk Group MX.
Untuk maklumat lanjut, layari Samsung Newsroom (https://news.samsung.com/my/), samsungmobilepress.com, atau samsung.com.
Fold6, Flip6 serlah keupayaan terbaharu, terunggul Galaxy AI
#Samsung #Galaxy AI #Galaxy Z Fold6 #Galaxy Z Flip6