Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini

Sinar Harian
Julai 18, 2024 04:10 MYT
Datuk Hussein Omar Khan. Gambar kecil: Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah
SUNGAI BULOH: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga hari ini.
Beliau berkata, proses padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan sebelum ini sepadan dengan Nur Farah Kartini.
"Hasil DNA yang dipadankan adalah positif. Mayat yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor adalah Nur Farah Kartini.
"Saya sahkan bahawa jenazah akan diserahkan hari ini kepada keluarga," katanya menerusi kenyataan pada Khamis. - Sinar Harian
#Nur Farah Kartini #kes bunuh #DNA #punca kematian