Sambutan ulang tahun kelahiran yang terindah sepanjang hayat saya - Dr Noor Hisham

Bernama
April 22, 2020 04:44 MYT
Dr Noor Hisham menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada Selasa. - Gambar fail
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas ucapan sempena ulang tahun kelahiran beliau.
Beliau menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada Selasa dengan iringan doa ramai rakyat Malaysia adalah ulang tahun yang akan sentiasa tersemat dalam memorinya.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan ucapan hari lahir dan doa yang sungguh bermakna. Ia sesungguhnya merupakan sambutan ulang tahun kelahiran yang terindah sepanjang hayat saya.
"Terima kasih semua rakyat Malaysia dan marilah kita semua terus memerangi dan menamatkan rantaian jangkitan COVID-19. Kekal selamat dan duduk rumah," ciap beliau malam tadi.
Ribuan netizen mengambil peluang menghantar ucapan hari lahir kepada Dr Noor Hisham yang menyambut ulang tahunnya pada 21 April.
BACA: Cikgu Sastera kongsi maksud tersirat di sebalik sajak khas untuk Dr Noor Hisham
BACA: Media rai hari lahir Noor Hisham dengan cara penjarakan sosial
BACA: Rakyat Malaysia kekal duduk di rumah, hadiah hari lahir paling istimewa buat Dr Noor Hisham
Laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram dibanjiri ucapan tahniah dan doa untuk Ketua Pengarah Kesihatan itu, tokoh penting di barisan hadapan dalam perjuangan negara memerangi pandemik COVID-19.
Tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham tular di Twitter.
-- BERNAMA
#barisan hadapan #COVID-19 #HappyBirthdayDGHisham #Ketua Pengarah Kesihatan #laman sosial #Noor Hisham Abdullah #ucapan hari lahir #ulang tahun
;