Sambutan tahun naga meriah di Astro
Astro Awani
Februari 20, 2024 17:21 MYT
Februari 20, 2024 17:21 MYT
KUALA LUMPUR: Kumpulan Astro Malaysia Holding Berhad pada Selasa meraikan sambutan Tahun Baharu Cina iaitu tahun naga dengan penuh kemeriahan.
Sambutan yang diadakan di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil itu sekali gus membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan, dan keberuntungan.
Sambutan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith dan Pengarah Sumber Manusia Kumpulan Astro, Tricia Lim serta beberapa anggota pengurusan tertinggi yang lain.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung jam 10 pagi itu ialah warga kerja kumpulan Astro merentasi pelbagai platform dan jabatan dengan persembahan gimik dan kejutan.
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Ini merupakan sambutan tahunan kumpulan Astro sebagai meraikan perayaan Tahun Baru Cina untuk warga kerjanya.