Sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia
Astro Awani
Februari 2, 2013 08:49 MYT
Februari 2, 2013 08:49 MYT
Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia disambut pada minggu pertama bulan Februari setiap tahun.
Ia sebagai menyahut keperluan dialog di kalangan pelbagai penganut agama untuk meningkatkan keharmonian, persefahaman dan kerjasama antara umat.
Minggu berkenaan diiktiraf dalam resolusi Perhimpunan Agung Perhimpunan Bangsa Bersatu pada 20 Oktober 2010.
Agendanya untuk menekankan pemahaman dan dialog antara agama yang merupakan asas bagi memupuk budaya keamanan.
Minggu harmoni antara agama dunia menjadi salah satu pendekatan untuk menggalakkan keharmonian antara semua rakyat tanpa mengira agama.
Sempena sambutan itu, semua negara digalakkan untuk turut serta menyebarkan mesej keharmonian antara agama dan muhibah di masjid, gereja, kuil dan rumah ibadat lain, secara sukarela atau mengikut tradisi mereka sendiri.