KUALA LUMPUR: Bertemakan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 secara serentak di seluruh negara pada hari ini, diadakan dengan penuh istiadat kepolisan dan dalam suasana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan COVID-19.
Sambutan yang diadakan pada setiap 25 Mac itu, adalah sebagai penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat bakti dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan serta keselamatan negara.
Di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, sambutan dimulakan dengan perbarisan masuk pasukan kawalan kehormatan melibatkan 629 pegawai dan anggota sebelum panji-panji utama PDRM diarak masuk, selain pameran 40 unit aset PDRM iaitu 20 motosikal dan 20 kenderaan pelbagai jenis.
Sambutan yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, dimeriahkan dengan acara terbang lintas melibatkan tiga helikopter PDRM yang membawa Jalur Gemilang.
Acryl Sani dalam ucapannya berkata keprihatinan kerajaan terhadap keperluan PDRM dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pasukan serta peruntukan dana demi kesejahteraan warga PDRM yang berkhidmat serta pesara, amat dihargai.
"PDRM menzahirkan kesediaan untuk menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan demi mendukung dasar dan usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat," katanya.
Di PUTRAJAYA sambutan diadakan dalam suasana sederhana dengan penyampaian surat penghargaan kepada anggota polis dan orang awam, manakala di SELANGOR acara peringkat daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam juga membabitkan penganugerahan sijil penghargaan kepada 31 anggota dan orang awam atas bakti yang dicurahkan.
Di NEGERI SEMBILAN, sambutan berkenaan dimulakan dengan penyampaian sijil Anugerah Integriti PDRM kepada lima anggota termasuk pegawai dari kontinjen negeri itu, manakala di MELAKA sijil penghargaan disampaikan oleh Pemangku Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah antaranya kepada individu, agensi kerajaan, swasta atas kerjasama dan sokongan kepada pihak polis.
Di JOHOR, jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Biro Johor Shaifuldin Ahmad menjadi antara 10 petugas media yang menerima surat penghargaan sempena Hari Polis di Dataran Kawad, IPK Johor yang disampaikan oleh Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Di PAHANG, dalam majlis sambutan berkenaan, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf mengingatkan warga PDRM supaya mengimbangi antara tuntutan tugas dan keluarga, selain ketua masyarakat digalakkan berganding bahu dengan pasukan polis dalam membanteras jenayah.
Di KELANTAN, bercakap kepada pemberita selepas upacara sambutan, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata polis negeri akan menubuhkan unit berkuda, unit anjing pengesan (K9) dan unit dron dalam masa terdekat untuk mengawal sempadan negeri, selain sebagai persediaan Fasa Peralihan Ke Endemik pada 1 April ini.
Pada Majlis Peringatan Hari Polis ke-215 itu, dua wartawan sambilan BERNAMA Kelantan Habsah Ismail dan Wan Muhammad Wan Adam antara 10 pengamal media yang menerima sijil penghargaan.
Di TERENGGANU, sambutan diserikan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk 'Aku Polis' oleh Koperal Nizwan Wahab daripada Cawangan Keselamatan Istana dan pemakaian pakaian seragam polis Terengganu pada 1919 yang dipinjamkan oleh Muzium PDRM.
Di PERAK, pelbagai acara antaranya persembahan payung terjun dan tarian perang diadakan sempena sambutan itu, yang melibatkan 458 pegawai dan anggota polis serta Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Di PULAU PINANG, sambutan dimeriahkan dengan upacara perbarisan dan penyampaian sijil Anugerah Integriti PDRM bagi 2021 oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai penghargaan serta pengiktirafan kepada pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam yang diperakui menunjukkan pencapaian integriti di tahap terbaik.
Di KEDAH, sambutan dimeriahkan dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kepada pegawai dan anggota polis serta orang awam yang telah banyak membantu polis dalam menjaga ketenteraman awam.
Di PERLIS, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad mengingatkan anggota polis agar sentiasa berusaha memberikan perhidmatan terbaik pada setiap masa kerana masyarakat sentiasa bergantung harap kepada pasukan tersebut untuk melindungi mereka dalam apa juga keadaan.
Di SABAH, pertunjukkan daripada anggota keselamatan mengenai tatacara menyelamat dan memindahkan individu penting ke dalam kenderaan ketika berada dalam keadaan kecemasan, mencuri tumpuan sambutan yang turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022

Unit Udara PDRM melakukan lintasan udara pada sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. - Gambar/ Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sang Saka Biru, berevolusi mengikut zaman, cekal mendepani perubahan - KPN
PDRM telah melalui pelbagai evolusi bukan sahaja dari segi imej dan tugasan, malah berjaya mengharungi cabaran keselamatan kepada negara.

PM Anwar ucap Selamat Hari Polis ke-216
Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.

Polis Selangor nafi buat permohonan sumbangan kewangan taja Hari Polis Ke-216
Polis Kontinjen Selangor menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Telegram berkenaan surat permohonan sumbangan kewangan bagi penajaan Program Hari Polis Ke-216 baru-baru ini.

Keberangkatan Agong, Permaisuri tingkatkan moral dan motivasi pasukan polis
Sambutan ke-216 itu menunjukkan sejarah panjang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sudah berjasa besar dalam memastikan keselamatan negara keseluruhannya dijamin setiap masa.

Menteri Besar Perak, isteri rai sambutan Hari Polis ke 216 peringkat negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin meraikan sambutan Hari Polis ke 216 peringkat negeri.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.

Raja Permaisuri, PM Anwar sebak saksikan pantomim insiden Lahad Datu
Pantomim itu menjadi lebih menyedihkan apabila anak kepada Zulkifli dan Sabaruddin dibawa masuk ke dalam pementasan.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Peringatan Polis Ke-216
Sebaik Seri Paduka Baginda berangkat tiba, sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diiringi Hormat Diraja.

Beri penghargaan tertinggi terhadap jasa dan pengorbanan PDRM - Fadillah
Fadillah mendoakan agar kesemua wira negara terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat demi rakyat dan negara tercinta.

Hari Polis: IPD Lipis damping homeguard tertua di Malaysia
Program diadakan bagi meraikan bekas homeguard dan bekas perajurit yang pernah berkhidmat untuk tanah air di era darurat.