KLANG: Pergaduhan dua kumpulan di sebuah restoran di Bandar Baru Klang, di sini, pada Selasa, dipercayai berpunca daripada salah seorang daripada mereka membuat bising ketika sambutan hari jadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, beberapa pelanggan di restoran tersebut turut cedera dan telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.
"Siasatan mendapati kejadian berlaku selepas enam individu yang sedang menyambut hari jadi salah seorang daripada rakan mereka telah membuat bising di restoran tersebut.
"Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga menimbulkan suasana tegang sehingga mencabar antara satu sama lain sebelum suspek memanggil kira-kira 20 orang rakannya," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Vijaya Rao berkata, pergaduhan kemudiannya berlaku, mereka turut menyerang pelanggan lain yang sedang makan dalam restoran tersebut.
"Beberapa suspek yang terlibat dalam pergaduhan ini telah dikenal pasti polis dengan ada antaranya pernah ditangkap sebelum ini," katanya.
Beliau berkata, usaha mengesan bukti dan semakan kamera litar tertutup sedang dijalankan bagi mengesan suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 06 2023
![Sambutan hari jadi bertukar pergaduhan Sambutan hari jadi bertukar pergaduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693984000_Sambutanharijadi.jpg)
Keadaan sebuah restoran di Bandar Baru Klang, selepas kejadian dua kumpulan bergaduh, pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Polis buru empat lagi individu kes rusuhan Polis buru empat lagi individu kes rusuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662589536_pergaduhan.jpg)
Polis buru empat lagi individu kes rusuhan
Pada masa ini seramai enam lelaki berusia 22 hingga 35 tahun sudah ditahan untuk membantu siasatan.
![Anggota polis cedera diserang dalam pergaduhan ketika perarakan keagamaan Anggota polis cedera diserang dalam pergaduhan ketika perarakan keagamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562817852_ParangMechete.jpg)
Anggota polis cedera diserang dalam pergaduhan ketika perarakan keagamaan
Bagaimanapun berlaku pentengkaran di antara dua kumpulan mengenai pemasangan khemah yang akhirnya membawa kepada pergaduhan dengan menggunakan senjata parang.