PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan tarikh 26 November untuk mendengar rayuan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain terhadap keputusan Mahkamah tinggi yang membenarkan permohonan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah untuk kes saman fitnah yang dikemukakan baginda diputuskan melalui isu undang-undang.
Peguam Rewcastle Brown, Americk Sidhu dan peguam Sultanah Nur Zahirah, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
Americk berkata anak guamnya mahu kes saman fitnah itu diputuskan melalui perbicaraan penuh.
Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron menerusi prosiding dalam talian, e-Review.
Pada 13 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Sultanah Nur Zahirah mengikut Aturan 14A Perintah Mahkamah 2012, iaitu supaya kes saman itu diputuskan melalui isu undang-undang.
Berikutan keputusan mahkamah itu, Sultanah Nur Zahirah dikecualikan daripada memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap Rewcastle Brown atau Clare Louis Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd pada November 2018.
Dalam pernyataan tuntutan, Sultanah Nur Zahirah mendakwa Rewcastle Brown, membuat pernyataan yang memalukan terhadap baginda dalam buku The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose.
Sultanah mendakwa kenyataan itu memberi gambaran bahawa baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran Terengganu selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Baginda mendakwa kenyataan itu juga memberi gambaran yang baginda telah menolong ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho untuk menjadi penasihat TIA.
Sultanah Nur Zahirah mendakwa baginda tidak pernah mencampuri pentadbiran negeri dan penubuhan TIA, oleh itu kenyataan tersebut telah memfitnah dan merosakkan reputasi baginda.
Baginda menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap defendan dan memohon perintah terhadap defendan kedua (penerbit) menarik balik buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah dan terhadap defendan ketiga supaya berhenti mencetak buku itu seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020
Dalam pernyataan tuntutan, Rewcastle Brown didakwa membuat pernyataan yang memalukan terhadap Sultanah Nur Zahirah dalam buku The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose. -Gambar fail/ Bernama
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar, Turki tolak cadangan Trump 'bersihkan' Gaza
Menteri Luar Qatar dan Turki menentang rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk "membersihkan" Semenanjung Gaza.
Israel terus serang Tebing Barat
Rakyat Palestin pada Isnin mengadakan upacara pengebumian tujuh daripada sekurang-kurangnya 22 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki sejak dua minggu lalu.
Mexico, Amerika Syarikat tangguh pelaksanaan tarif sebulan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum penangguhan pelaksanaan tarif baru terhadap Mexico selama sebulan.
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Polis buru suspek pecah rumah
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.
Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Perang dagang, bekalan beras jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu perang dagang dan penghasilan beras tempatan menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat hari ini. Isu itu dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram
Jabatan Perhutanan Sabah menafikan dakwaan berlaku aktiviti pembalakan haram di negeri ini seperti dilaporkan dalam dua artikel baru-baru ini.
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Nur Zahirah
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak yang lain bertanggungjawab kerana memfitnah Sultanah Terengganu.
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me
Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown
Ia susulan tindakan perayu yang tidak pernah hadir pada mana-mana prosiding mahkamah sepanjang kes itu berlangsung iaitu sejak pendakwaan, sabitan mahupun rayuan.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh).
Editor Sarawak Report, 2 lagi diperintah bayar RM300,000 fitnah Sultanah Terengganu
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
1MDB: Peguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown batal tuduhan fitnah Sultanah Terengganu
Jabatan Peguam Negara menolak representasi tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada Tetuan Guok Partnership yang mewakili wanita itu melalui e-mel hari ini.
Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan
Ia keputusan pesuruhjaya kehakiman John Lee pada Isnin yang menolak permohonan Rewcastle Brown untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pelupusan prosiding jenayahnya.
Anwar sifatkan poster cari Rewcastle Brown berbaur politik
Tindakan polis menyebarkan poster individu dikehendaki melibatkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, disifatkan berbaur politik.