KUALA LUMPUR :Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula seorang peguam berhubung pengampunan penuh yang diberikan kepada beliau bagi sabitan dan hukuman penjara dalam kes meliwat pembantunya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Jan tahun depan.
Peguamnya, J. Leela berkata tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Noridah Adam yang dikendalikan secara dalam talian menerusi sistem e-Review hari ini.
"Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar bersama-sama rayuan Lembaga Pengampunan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Plaintif, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz diwakili peguam Mohamad Farhan Kamarudin.
Pada 21 Sept, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir menolak permohonan Presiden PKR itu dan permohonan serupa daripada Lembaga Pengampunan selepas memutuskan bahawa, antara lain, plaintif mempunyai locus standi untuk memulakan saman tersebut kerana beliau adalah orang awam dan orang yang berkelayakan sebagai peguam.
Ahli Parlimen Port Dickson itu telah memfailkan permohonan tersebut pada 13 Mei lepas atas alasan bahawa, antara lain, Khairul Azam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula dan ia adalah remeh, memalukan serta penyalahgunaan proses mahkamah.
Mohd Khairul Azam, menerusi firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, telah menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam saman pemulanya yang difailkan pada 26 Feb tahun ini.
Peguam itu mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bercanggah dengan Perkara 42 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan yang diperkenan oleh Agong hendaklah atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Mohd Khairul Azam mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baharu.
Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.
Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 14 2020
Peguam itu mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar adalah bercanggah dengan Perkara 42 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan. -Gambar fail/ Bernama
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman
Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran amber untuk kawasan Midlands dan selatan negara itu semalaman, dengan nasihat itu tamat pada 6 pagi (0500 GMT).
[TERKINI] Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak.
Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Taman Botanikal Perlis berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu
Taman botanikal itu menjadi pusat pengumpulan koleksi tanaman nadir iaitu tanaman hampir pupus yang bertujuan mengekalkan manfaat tanaman.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
China, Jepun, Korea setuju salur kepakaran pembangunan tenaga di ASEAN - Fadillah
Ketiga-tiga negara itu memaklumkan komitmen tersebut ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) 3 (China, Jepun, Korea) ke-21.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.
AWANI Ringkas: GISB: Polis jejak transaksi, segala aset
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu berkata terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Semua pihak perlu kerjasama atasi masalah keciciran pelajar - PM Anwar
Sektor swasta dan masyarakat sivil perlu bergabung tenaga, memberi sokongan sebaiknya termasuk dalam aspek teknologi maklumat.
Pengendali pelabuhan berdepan saingan sengit, perlu tingkat kapasiti - PM
Syarikat pelabuhan tidak boleh bergerak sendirian sebaliknya terus berganding bahu untuk bergerak pantas ke hadapan.
PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid
Perdana Menteri mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.
PM mahu projek SMISTA di Bukit Jalil disegerakan
Beliau juga mahu proses tender bagi projek pembinaan sekolah itu dilaksanakan dengan penuh teliti.
Malaysia dan Singapura rakan baik, saling bekerjasama erat - PM Anwar
Malaysia dan Singapura adalah rakan yang baik tidak seharusnya terganggu oleh sebarang isu yang timbul antara kedua-dua negara.
PM Anwar ucap tahniah kejayaan penganjuran MAHA 2024 - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu dizahirkan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.
Perincian subsidi RON95, pengenalan semula GST dijangka diumum dalam Belanjawan 2025 - RHB IB
RHB IB menjangka perincian selanjutnya mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, dan sama ada kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan semula GST akan dimaklumkan dalam Belanjawan 2025.
Pembangkang ketandusan idea, tiada keperluan bubarkan Parlimen - AMK
Pembangkang gagal menawarkan penyelesaian alternatif yang bermanfaat kepada rakyat dan negara.