Sama-sama kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran - Dr Mahathir

Bernama
Mei 21, 2019 10:50 MYT
Perdana Menteri menerusi kiriman di laman Twitternya sempena Nuzul al-Quran yang disambut esok turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran. -Gambar fail
Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati peristiwa Nuzul al-Quran.
Perdana Menteri menerusi kiriman di laman Twitternya sempena Nuzul al-Quran yang disambut esok turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran.
"Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam.
"Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan dari-Nya," katanya.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan dari-Nya. pic.twitter.com/3txqrTxsNX

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#17 Ramadan #Gua Hira #Mahathir Mohamad #Nabi Muhammad #Nuzul Quran