"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Astro Awani
November 15, 2021 16:38 MYT
November 15, 2021 16:38 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Akhbar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Izad Raya menafikan dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia seperti yang tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di media sosialnya, Izad berkata beliau sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
"Sama-sama kita doakan agar Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera, dipanjangkan umur dan dilindungi Nya sentiasa.
"Pada yang rajin sangat sebarkan khabar angin yang tak betul, kalau tak ada kerja sangat, pergi belajar mengait ye. Sekurang-kurangnya ada juga faedahnya," kongsinya di Facebook beliau.
Pak Lah serta keluarga ketika ini dilapor sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Pangkor.
Sementara itu, Pejabat Tun Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan undang-undang akan diambil berhubung berita palsu mengenai kesihatannya,
Terdahulu berita mengenai kematian Pak Lah meninggal dunia terbesar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan.