Sam Rainsy telah tinggalkan Malaysia - Wisma Putra

Bernama
Mei 31, 2023 16:16 MYT
Bekas Ketua Pembangkang Kemboja Sam Rainsy telah meninggalkan Malaysia pagi ini, demikian menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini. - Gambar fail/FB Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang Kemboja Sam Rainsy telah meninggalkan Malaysia pagi ini, demikian menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.
Menurut kenyataan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan akan kehadiran Sam Rainsy di negara ini.
"Tiada acara awam diadakan sepanjang keberadaan beliau di sini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#bekas Ketua Pembangkang Kemboja #Sam Rainsy #Malaysia #Kementerian Luar