Agensi yang terbabit dalam Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 diminta memperhebatkan promosi penggunaan perkhidmatan itu kepada masyarakat bagi mengelak panggilan palsu.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata langkah itu penting memandangkan setiap panggilan palsu membawa impak negatif termasuk kerugian kos pengendalian yang ditanggung kerajaan.
Berucap pada perasmian anugerah perkhidmatan cemerlang MERS 999 di sini malam ini, Salang juga mahu agensi kecemasan memberi komitmen penuh bagi meningkatkan kualiti respons kecemasan kepada rakyat.
Katanya perkara itu selaras dengan usaha kerajaan yang mahu memastikan perkhidmatan kecemasan negara setanding negara maju.
"Pembangunan kerjaya ini telah dirangka dengan teliti agar mereka yang terlibat dalam bidang ini mempunyai peluang untuk maju dalam kerjaya masing-masing," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM) Datuk Seri Dr Halim Shafie yang turut hadir, berkata capaian sistem MERS 999 telah meliputi 11 negeri sejak diperkenalkan empat tahun lepas dan bakal diperluas ke seluruh negara dalam masa terdekat.
Selain itu katanya TM yang mengendalikan sistem maklum balas kecemasan tersebut akan turut memperluaskan pemasangan protokol perubatan dan protokol kebakaran di negeri-negeri terbabit.
Bernama
Tue Jan 08 2013

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Adik Anggota Parlimen Julau maut nahas jalan raya
Adik Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di sini pada 7.40 malam tadi.

Ulang siar rancangan di stesen penyiar berbayar amalan biasa
Ulang siaran rancangan di stesen penyiar berbayar merupakan amalan biasa bagi semua penyedia perkhidmatan tersebut di dunia, Dewan Rakyat diberitahu.