KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub malam ini.
Menerusi catatan di laman Facebook, Ahmad Zahid berkata Allahyarham merupakan seorang rakan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat beliau hormati, berperwatakan rendah diri, sentiasa komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab.
"Sehingga hujung nyawa beliau prihatin dan terus berjuang memikirkan kesejahteraan rakyat. Negara kehilangan pemimpin hebat.
"Marilah bersama kita berdoa semoga Allah SWT merahmati beliau dan memberikan kesabaran kepada seisi keluarga atas kehilangan ini," katanya yang berdukacita dengan perkhabaran pemergian Salahuddin pada 9.23 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Berita pemergian Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu disahkan oleh anak beliau iaitu Siti Fatihah di laman Facebooknya malam ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi laman Facebook beliau turut merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... amin," katanya yang turut berdukacita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023

Ahmad Zahid berkata Allahyarham merupakan seorang rakan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat beliau hormati, berperwatakan rendah diri, sentiasa komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab. - FB Salahuddin Ayub
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula jenis gummy, meninggal dunia malam ini.

“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair
Ibu Allahyarham Ashraf , Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.

Tiga anak Allahyarham Muhammad Basir terima bantuan tunai Tabung Kasih@HAWANA - Fahmi
Tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar menerima bantuan wang tunai menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok durian
Lelaki dikenali sebagai Fauzi itu sempat mengadu sakit perut ketika kejadian di Kebun Durian Desa Telemung, Indonesia.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.