Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual dan muntah-muntah

Bernama
Julai 21, 2023 07:30 MYT
Salahuddin mengadu mengalami mual dan muntah-muntah dan tidak dapat menyertai program seperti yang dijadualkan malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dikejarkan ke hospital di Alor Setar, Kedah selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Salahuddin telah dikejarkan ke hospital pada pukul 10.15 malam tadi.
"Beliau terdahulu mengadu mengalami mual dan muntah-muntah dan tidak dapat menyertai program seperti yang dijadualkan malam tadi.
"Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
#Salahuddin Ayub #Hospital #muntah #mual
;