Salah guna kuasa: Dua pegawai kanan kerajaan direman

Bernama
Oktober 5, 2016 17:35 MYT
Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. -Gambar SPRM Sabah
Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan empat lelaki, termasuk pegawai berjawatan pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di sini, ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek jabatan.
Majistret Stephanie Sherron Abbie memerintahkan tahanan reman itu mulai hari ini.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Selain pengarah dan timbalan pengarah itu, yang masing-masing berumur 54 dan 51 tahun, turut ditahan reman ialah dua lelaki awam.
Suspek disyaki memonopoli projek-projek bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka. -Bernama
#agensi kerajaan #Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #pengarah #Seksyen 17 #Stephanie Sherron Abbie #Timbalan Pengarah
;