Salah guna dana: Pemimpin tertinggi parti politik bakal didakwa SPRM?
Fareez Azman
Mac 8, 2023 17:44 MYT
Mac 8, 2023 17:44 MYT
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikatakan bakal didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.
Memetik laporan FMT pada Rabu, spekulasi mengenai pendakwaan itu kini semakin bertiup kencang.
Malah difahamkan pertuduhan akan dikenakan terhadap pemimpin parti itu yang dikatakan sebagai 'VVIP' berkaitan siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.
Bagaimanapun tidak didedahkan identiti ahli politik berkenaan.
Sebelum ini, tersebar dakwaan di media sosial bahawa rumah pemimpin berkenaan dan anaknya diserbu.
Astro AWANI akan membawa perkembangan terkini dari semasa ke semasa mengenai dakwaan ini.