Salah faham punca perintah kuarantin terhadap Ahli Parlimen Stampin - JPBN Sarawak

Munirah Mudzamli
Disember 20, 2020 09:33 MYT
Chieng Jen dilaporkan sudah memohon pengecualian untuk menjalani kuarantin wajib atas kapasitinya sebagai ahli parlimen pada 18 Disember 2020. FOTO: BERNAMA
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memaklumkan salah faham menjadi punca kepada arahan kuarantin melibatkan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen.
Menerusi kenyataan media pada Ahad, JPBN Sarawak memaklumkan Chieng Jen dikecualikan daripada kuarantin selama 14 hari setelah kembali ke Sarawak pada 19 Disember.
Chieng Jen dilaporkan sudah memohon pengecualian untuk menjalani kuarantin wajib atas kapasitinya sebagai ahli parlimen pada 18 Disember 2020.
"Apabila gagal mengemukakan keputusan swab, maka dia (Chieng Jen) diminta untuk mengulangi prosedur tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
“Namun dia memohon semula untuk pengecualian kuarantin dan permohonannya diluluskan pada jam 5.12 petang oleh JPBN Sarawak,” kata kenyataan itu.
Menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu, Chieng Jen berkata dia diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari setibanya di Sarawak walaupun sudah melakukan dua ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.
#Chong Chieng Jen #prosedur masuk ke Sarawak #syarat masuk ke Sarawak #COVID-19 #Kuching #Sarawak #JPBN Sarawak