Salah anjur makan malam percuma bagi pihak calon

Arfa Yunus, Diyana Ibrahim
Oktober 12, 2018 18:38 MYT
ABDUL RASHID: Tidak boleh ada pihak yang menganjurkan majlis makan malam percuma bagi calon. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Menganjurkan makan malam percuma bagi pihak calon dalam pilihan raya adalah satu kesalahan, kata Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Dan Undang-Undang Pilihan Raya.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata sebarang bentuk anjuran majis makan malam percuma bagi calon pilihan raya dilarang sama sekali.
“Makan malam percuma ini tidak boleh. Tidak boleh ada pihak yang menganjurkan majlis makan malam percuma bagi calon. Ia salah.”
Beliau berkata demikian merujuk kepada isu konterversi penganjuran makan malam percuma.
Meskipun mendapat kritikan daripada badan pemantau pilihan raya Bersih, calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap hadir di majlis makan malam yang diadakan semalam di Lukut, Port Dickson.
Anwar sebelum ini mempertahankan keputusannya untuk tetap hadir dalam majlis kerana ia dianjurkan oleh penduduk setempat.
#Abdul Rashid Abdul Rahman #Anwar Ibrahim #calon #Jawatankuasa Khas Pembaikan #kesalahan #Lukut #makan malam percuma #pilihan raya kecil #Port Dickson #PRK #PRK Port Dickson
;