Bekas setiausaha eksekutif kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau cuai dalam menguruskan beberapa keping cek Yayasan Akalbudi bagi pembayaran kredit kad milik bekas timbalan perdana menteri itu.
Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, 42, yang merupakan saksi utama pendakwaan, berkata beliau mengakui kesilapannya yang telah membuat pembayaran kad kredit melebihi daripada jumlah yang sepatutnya dengan menggunakan cek yayasan itu.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili Ahmad Zahid, pada perbicaraan hari ke-40 presiden UMNO itu yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zaidi : Merujuk kepada satu penyata kad kredit bertarikh 28 Dis 2013 yang mempunyai jumlah baki semasa (jumlah sepatutnya perlu dibayar) sebanyak RM65,153.32, namun Puan Mazlina membayar lebih iaitu RM71,283.17 dalam dua cek berasingan iaitu yang benilai RM63,701.52 dan RM7,581.65.
Mazlina: Ya, Yang Arif
Saksi pendakwaan ke-90 itu juga bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa itu adalah kesilapannya.
Ahmad Zaidi: Dalam penyataan saksi, Puan Mazlina ada beritahu Datuk Seri Zahid merupakan seorang yang teliti, sekiranya teliti (Ahmad Zahid) beliau tidak membenarkan pembayaran itu (bayar lebih).
Mazlina: Tidak setuju.
Ahmad Zaidi: Puan Mazlina tidak pernah menunjukkan penyata kad kredit dan cek pembayaran kepada Datuk Seri Zahid.
Mazlina: Ya, Yang Arif.
Kepada soalan Ahmad Zaidi, bagaimana saksi itu boleh membuat pembayaran menggunakan cek bertarikh 7 Jan 2014 dengan jumlah yang tepat, sedangkan penyata kad kredit itu keluar pada 28 Jan 2014, Mazlina menjawab, "Saya tersalah tulis tarikh (bulan Januari) pada cek, sepatutnya bulan Februari."
Ahmad Zaidi: Ini juga menunjukkan kecuaian kamu?
Mazlina: Ya, Yang Arif.
Sementara itu, ditanya Ahmad Zaidi, adakah cop tandatangan Ahmad Zahid digunakan untuk cop sijil dan kad jemputan secara lambak (banyak-banyak) Mazlina menjawab "Ya, Yang Arif".
Mazlina juga berkata beliau tidak mengetahui bahawa Yayasan Akalbudi tidak pernah membuat apa-apa 'special resolution' atau memberikan apa-apa spesimen cop kepada Affin Bank untuk membenarkan cop ditandatangan bagi pihak yayasan itu.
Saksi itu tidak bersetuju dengan peguam bahawa Ahmad Zahid membenarkannya menggunakan cop tandatangan untuk sekali sahaja.
Disoal Ahmad Zaidi adakah kebenaran Ahmad Zahid untuk membenarkannya menggunakan cop pada cek Yayasan Akalbudi adalah anggapannya, Mazlina menjawab “ini adalah arahan yang jelas”.
Ahmad Zaidi: Adakah itu (arahan) hanya ‘blanket approval’ semata-mata?
Mazlina: Ya, Yang Arif.
Selasa lalu, Mazlina memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid membenarkankannya menggunakan cop tandatangan tertuduh pada cek-cek Yayasan Akalbudi bagi pembayaran bil kad kredit pada 2014.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.