Saksi kata 1MDB 'baby' Najib, ini 6 fakta penting dalam perbicaraan hari ke-8

Shafizan Johari
September 17, 2019 17:47 MYT
Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi (tengah) yang merupakan saksi pendakwaan kelapan hadir bagi perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - fotoBERNAMA
Hari kelapan perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyaksikan soal balas terhadap saksi kelapan, bekas pegawai Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Effendi Nazaruddin.
Peguam bela utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut mengemukakan Minit Mesyuarat Kabinet bertarikh 19 Disember 2008 menyatakan Kabinet mengesahkan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang dibuat dalam mesyuarat terdahulu.
Amhari Efendi berkata, TIA yang kemudiannya menjadi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) adalah ‘baby’ untuk Najib.
Berikut enam fakta penting yang diperoleh menerusi perbicaraan hari kelapan yang berlangsung pada Selasa:
1. Pasukan peguam bela membangkitkan isu penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) dan mengaitkannya kepada Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin.
2. Pasukan peguam bela menunjukkan dokumen yang menyebut Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin mencadangkan penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) dengan dana RM10 bilion
3. Penubuhan TIA dibincangkan oleh Sultan Mizan dengan Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet.
4. TIA dibicangkan semasa mesyuarat kabinet pada 12 Disember 2008.
5. Jho Low menunjukkan minat terhadap TIA sejak dari awal cadangannya.
6. Saksi Datuk Amhari Effendi Nazaruddin bertegas 1MDB Datuk Seri Najib menyatakan minat 'memajukan' 1MDB sebelum menjadi PM lagi.
#1MDB #Amhari Effendi Nazaruddin #investment #Jho Low #Lembaga Pelaburan Terengganu #Muhammad Shafee Abdullah #Najib Razak #Perdana Menteri #PM #saksi #TIA #Yang di-Pertuan Agong
;