Sajat tetap lelaki di Malaysia
Sinar Harian
Februari 23, 2022 14:59 MYT
Februari 23, 2022 14:59 MYT
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan transgender Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap lelaki di negara ini.
Menurutnya, maklumat yang tertera di kad pengenalannya adalah menentukan jantinanya yang sebenar meskipun lelaki itu telah bertukar menjadi wanita.
"Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya.
Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina itu, kita tak campur. Itu dia punya pasal," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Muhammad Sajjad, 35, atau dikenali sebagai Nur Sajat dilapor sudah menukar status jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.
Dia sebelum ini diburu pihak berkuasa tempatan selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Pada Jun tahun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang berlangsung di Mahkamah Ampang.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
#Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman
#tukar jantina di Australia
#Ahmad Marzuk Shaary
#Pertukaran nama dan jantina