Saifuddin puji cara perbahasan Amerika Syarikat

Teoh El Sen
Februari 13, 2013 16:05 MYT
Salah satu mesej utama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dalam ucapan “State of the Union” adalah ahli politik perlu berdebat untuk kepentingan negara dan bukan untuk kepentingan parti-parti politik mereka sendiri.
"Rakyat Amerika tidak mengharapkan kerajaan untuk menyelesaikan setiap masalah. Mereka tidak mengharapkan pemimpin di sini bersetuju pada setiap isu. Tetapi mereka mengharapkan kita untuk meletakkan kepentingan negara sebelum parti, " kata Obama dalam ucapannya di Kongres pada hari Selasa.
Mengikut setiausaha akhbar Josh Earnest, Obama dengan jelasnya telah meminta kedua-dua Demokrat dan Republikan bekerjasama untuk kepentingan terbaik dan ekonomi negara itu selain mencari "persefahaman" mengenai dasar, dan tidak menggunakan perbahasan sebagai platform politik.
Dalam twitter beliau hari ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah memuji sesi debat ucapan Obama itu.

Live on CNN - 1st: State of d Union Speech by Pres Obama. 2nd: d Republican Response bySen Marco Rubio. Fair air time!

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) February 13, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
'Tweet' ahli majlis tertinggi Umno dan Temerloh MP itu serta-merta menerima reaksi balas di Twitter.
@afifbahardin kata: Malaysia -----> not even a minute of airtime is given to the opposition :) Malaysia negara contoh demokrasi :p”. Saifuddin jawab:”Must improve! (mesti menambahbaikan!)”
Selain itu, ada yang berharap senario di Amerika Syarikat dapat dilihat di negara ini.
Seorang lagi, @fahim_zulk, berkata: "when we malaysians want to see this scenario in our country? Fair media..", dan Saifuddin pulak jawab: “together v (we) do it. (Bersama-sama kita melalukannya)”

Together v do it RT "@fahim_zulk: @saifuddinabd when we malaysians want to see this scenario in our country? Fair media.."

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) February 13, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Debat awam di Malaysia kian mendapat sambutan baik di negara ini. Debat terkini antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tahun lepas misalnya disiarkan di televisyen.
Baru-baru ini, badan bukan kerajaan antarabangsa 'Reporters Without Borders' telah mengeluarkan indeks kebebasan akhbar global 2013 yang menunjukkan Malaysia telah jatuh ke tangga 145 daripada tangga 122 sebelum itu.
Prestasi negara yang “buruk” itu dikatakan berpunca daripada “akses kepada maklumat yang semakin berkurangan”.
#Barack Obama #debat #Saifuddin Abdullah #State of the Union
;