BUKIT MERTAJAM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan meneruskan siri pendedahan berhubung isu unsur nadir bumi (REE) meskipun sudah menerima notis undang-undang daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata ini kerana Muhammad Sanusi masih belum menjawab beberapa soalan yang sekali gus menimbulkan kemusykilan.
"Misalnya saya kata dua personaliti yang kebetulan merupakan warganegara China yang masuk ke sini melalui kemudahan yang diberikan oleh Menteri Besar kepada Menteri Dalam Negeri waktu itu.
"Ada suratnya dan hasil surat itu, kedua-dua orang ini masuk dan rekodnya adalah menjawat jawatan yang majikannya Perbadanan Menteri Besar Kedah. Dia kena jawab ini dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pentas Anak Muda N.01 Seberang Jaya di sini malam tadi.
Jumaat lepas, Saifuddin mengesahkan menerima notis undang-undang daripada Muhammad Sanusi berhubung isu REE dan menyatakan kesediaan beliau untuk bertemu di mahkamah.
Saifuddin, yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), meminta pengundi Pulau Pinang agar tidak melakukan eksperimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dengan mengundi parti politik baharu.
"Ini bukan eksperimen. Fokus kepada pembangunan yang telah dibawa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama 15 tahun yang juga menjaga kebajikan rakyat, meyakinkan pelabur luar dan menjaga keharmonian kaum," katanya.
Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional itu berkata kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya adalah penting kerana bakal menyumbangkan satu kerusi kepada kerajaan negeri untuk kekal mentadbir di Pulau Mutiara itu.
Pada PRN kali ini, DUN Seberang Jaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Johari Kassim daripada Pakatan Harapan (PH) dan Izhar Shah Arif Shah yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Dr Afif Bahardin daripada PKR menang di DUN itu dengan meraih 16,014 undi menewaskan Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin (BN) yang mendapat 8,593 undi dan Ahmad Rafaei Rashid (Pas) dengan 5,540 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Saifuddin Nasution berucap pada ceramah Pentas Anak Muda di Bandar Perda, Bukit Mertajam, malam tadi. --fotoBERNAMA
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Perhalusi cadangan hukuman tahanan di rumah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap supaya cadangan kerajaan untuk menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah diteliti dan diperhalusi.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Penggunaan kod QR di Tambak Johor diperluas kepada pengangkutan lain mulai 2025
Proses perolehan bagi penggunaan kod QR di Tambak Johor akan dimuktamadkan bagi tahun kewangan semasa.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Saifuddin akui hubungan Pusat-Kedah semakin baik
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail senada dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung hubungan kerajaan Persekutuan dan Kedah yang semakin baik.