Sah! Wan Zul tinggalkan Petronas

Astro Awani
Jun 6, 2020 16:53 MYT
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya memaklumkan pelantikan ini berkuat kuasa 1 Julai 2020.
Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Pengerusi baharu syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) manakala Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya memaklumkan pelantikan ini berkuat kuasa 1 Julai 2020.
Pada masa sama Muhyiddin mengucapkan penghargaan atas kepimpinan dan sumbangan Wan Zulkiflee selama 37 tahun bersama Petronas.
Beliau juga percaya, MAB akan dapat distruktur semula dan terus berkembang sebagai syarikat penerbangan nasional yang berdaya tahan dan mampan serta mempunyai tadbir urus yang baik.
Laporan terdahulu menyatakan Wan Zulkiflee, atau mesra disapa sebagai Wan Zul mengundurkan diri daripada syarikat minyak negara selepas lima tahun mengemudi syarikat itu.
Sepanjang kepimpinannya, beliau berdepan dengan cabaran getir apabila harga minyak menjunam di bawah AS$30 setong.
#AS #Malaysia Airlines #minyak #Muhyiddin Yassin #penerbangan #Petronas #presiden
;