Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Fareez Azman
Mei 17, 2022 18:11 MYT
Mei 17, 2022 18:11 MYT
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Pengesahan yang dibuat veteran UMNO itu sekali gus menamatkan segala spekulasi yang kedengaran sebelum ini.
"Memang benar (dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia)," kata Tajuddin kepada portal berita Malaysiakini.
Tajuddin akan menggantikan Datuk Zainal Abidin Bakar di negara republik berkenaan.
Pelantikan Tajuddin sekali gus menyaksikan ahli politik dilantik sebagai duta yang lazimnya diisi oleh golongan diplomat.
Sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga seorang ahli politik pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.