Sah! KP SPRM letak jawatan pagi tadi - Ali Hamsa

Hafiz Marzukhi, Faiq Chong
Mei 14, 2018 15:49 MYT
Pengganti Ketua Pesuruhjaya SPRM akan dibincangkan dalam masa terdekat, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa. - Gambar fail
Pengganti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam mengesahkan peletakan jawatan Dzulkifli, berkata calon pengganti berada di peringkat perbincangan.
"Saya akan mengumumkannya dalam satu kenyataan rasmi," kata beliau selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa sahkan KP SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan @501Awani pic.twitter.com/TTJKPfny7V

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) May 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ketua Pesuruhjaya @SPRMMalaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan pagi ini. Menurut sumber, beliau ada berjumpa dan menyerahkan surat letak jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara sebelum mesyuarat bersama PM @chedetofficial pagi tadi.@501Awani

— HilalAzmi (@HilalAzmi) May 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apabila ditanya sebab peletakan jawatan, Ali hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.
Pagi tadi, Dzulkifli dilaporkan meletak jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Dzulkifli berjumpa dengan Ali untuk menyerahkan surat letak jawatan sebelum mesyuarat bersama Dr Mahathir bermula.
#letak jawatan #Mahathir Mohamad #Malaysia #Rasuah #SPRM #Tan Sri Ali Hamsa #Tan Sri Dzulkifli Ahmad #Twitter
;