Sah! Aliff Aziz, Bella cerai talak satu

Sinar Harian
Jun 13, 2024 05:28 MYT
Aliff Aziz (kiri) menceraikan isterinya, Bella Astillah (kanan) dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis. -Gambar fail/Gempak
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz menceraikan isterinya, Bella Astillah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, pada Khamis.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat pada pukul 1.10 petang selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang dibuat penyanyi wanita itu pada 11 Mac lalu.
Semasa prosiding, peguam syarie yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais memaklumkan, plaintif dalam keadaan suci dan tidak mengandung.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Artikel asal ini diterbitkan di platform Sinar Harian
#Aliff Aziz #Bella Astillah #cerai talak satu #Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur