Safwan Anang dibebas daripada tuduhan menghasut

Astro Awani
Disember 20, 2016 11:37 MYT
Mahkamah turut mengetepikan hukuman penjara 10 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 September, tahun lalu. - Gambar fail / BERNAMA
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib daripada tuduhan menghasut
Selain itu, Bernama melaporkan mahkamah turut mengetepikan hukuman penjara 10 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 September, tahun lalu.
Muhammad Safwan, 26, dihukum penjara 10 bulan oleh mahkamah kerana didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya pada 13 Mei, 2013 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi.
BACA: Safwan Anang didapati salah menghasut
Beliau, pada 29 Mei tahun lalu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Selain Muhammad Safwan, turut didakwa bersama ialah Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim, aktivis Hishamuddin Rais, anggota PAS Mohd Tamrin Abdul Ghafar, dan peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim.
#Mahkamah Rayuan #Mahkamah Sesyen #Safwan Anang #tuduhan menghasut
;