Sabella diiktiraf Malaysian Media Specialists Association
Eton Khir
September 1, 2022 19:03 MYT
September 1, 2022 19:03 MYT
KUALA LUMPUR: Siapa sangka, bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit dengan niat ingin membantu menambah pendapatan keluarga, jenama Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tak Perlu Gosok’ kini mampu berdiri megah seiring dengan jenama terkenal lain di Malaysia.
Jenama itu satu-satunya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat Melayu yang berjaya merangkul tiga Anugerah Emas dan satu Anugerah bertaraf Grand Prix pada malam anugerah anjuran Malaysian Media Specialists Association (MSA), baru-baru ini.
Syarikat itu bersaing sengit dengan jenama terkenal dan antarabangsa seperti Unilever, Pepsi, Samsung, L'oreal, Shiseido, Mcdonalds dan banyak lagi jenama korporat lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata hasil kejayaan yang diraihnya itu bukan sahaja hasil titik peluh bersama isterinya, Siti Fatimah Abd Samad namun termasuk seluruh warga kerjanya yang tidak pernah lelah berusaha sehingga kini.
“Alhamdulillah, malam ini Sabella dinobatkan anugerah sebagai Best Use of e-Commerce, Best Use of Media Performance, dan Best Use of Branded Content. Ini adalah anugerah terbesar yang kami pernah capai menerusi anugerah anjuran Malaysian Media Specialists Association (MSA).
“Anugerah ini bukan sahaja pencapaian kami tetapi pencapaian seluruh warga kerja Sabella termasuk ‘dropship’, guru, dan mentor yang bersama-sama bertungkus lumus untuk kejayaan pada hari ini. Selain itu, tidak dilupakan kepada para media yang turut banyak memberi sokongan kepada kami,” katanya selepas menerima anugerah anjuran Malaysian Media Specialists Association (MSA) baru-baru ini.
Sabella berjaya memenangi Main Prize Total Grand Prix untuk campaign from Heart Strings to Purse Strings.
Selain itu, syarikat itu turut berjaya merangkul Anugerah Emas dalam ketiga-tiga kategori yang dicalonkan iaitu Best Use of e-Commerce; Campaign from Heart Strings to Purse Strings, Best Use of Media Performance; Campaign from Zero To Hero, dan Best Use of Branded Content; Campaign Stealing the Spotlight.
MSA yang ditubuhkan pada 2003 bertujuan untuk membantu dan menyokong agensi-agensi yang pakar dalam menyediakan penyelidikan media, perancangan strategik, rundingan media dan perkhidmatan penempatan.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar