Sabella bantu usahawan dropship capai jualan jutaan ringgit
Ehsan A Marisah
September 20, 2022 14:00 MYT
September 20, 2022 14:00 MYT
KUALA LUMPUR: Jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan slogan 'Baju Tanpa Gosok', Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) menghargai lebih 120 usahawan dropship yang berjaya membuat jualan RM1 juta setahun dan ke atas dalam sebuah majlis makan malam, Inner Circle Meeting Sabella 2022.
Beberapa usahawan dropship ketika ditemui Astro AWANI berkata, Sabella merupakan ruang dan peluang terbaik dalam meningkatkan ekonomi diri mahupun keluarga, selain memantapkan diri dengan ilmu perniagaan masa kini.
Rakan kongsi premier Sabella, Che Sukma Ayu Yaacob berkata, menjadi usahawan dropship di bawah syarikat itu tiga tahun lalu telah memberikan sumber pendapatan yang lebih stabil dan membolehkannya menyimpan untuk masa depan.
“Sebelum bermula dengan Sabella, saya sudah mencuba pelbagai bisnes. Saya pernah menjadi ejen, dan stokis produk tetapi akhirnya tiada simpanan kerana perlu melakukan pusingan modal.
“Apabila menyertai Sabella, saya ada pendapatan walaupun tidak banyak, namun bila kita fokus dan jualan meningkat, dari situ saya mempunyai simpanan, selain Sabella sangat peka terhadap trend fesyen terkini.
“Selain itu, sebelum menyertai Sabella, saya adalah suri rumah sepenuh masa, dari segi pendapatan kalau buat bisnes sebelum ini memang tiada rekod. Alhamdulillah, kini saya sudah ada pendapatan dan boleh jana pendapatan lima angka sebulan,” katanya kepada pemberita, di sini, baru-baru ini.
Jelas Che Sukma, dia dan pasukan yang juga dikenali sebagai ‘Superb Mom’ telah mencapai RM11.7 juta jualan pada 2021 dan menyasarkan jualan RM30 juta pada tahun ini.
Di samping itu, rakan kongsi premier, Muhammad Arif Atiq Ahmad Suzaili berkata, dia mengambil keputusan menjadi usahawan dropship syarikat berkenaan disebabkan oleh perniagaan agensi pelancongannya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Malah, katanya, dia juga ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa kaum lelaki juga mampu berjaya dalam perniagaan didominasi kaum wanita.
“Tambahnya, saya melihat Sabella sebagai jenama yang sudah diiktiraf sejak lima tahun di dalam pasaran. Kami menyaksikan lebih daripada dua juta helai telah dijual dalam tempoh setahun.
“Apabila saya menyertai Sabella juga, kita sudah mengupah lebih kurang 12,000 orang, iaitu terdiri daripada 90 peratus suri rumah yang ingin membantu suami, keluarga dan ada antara mereka ini sudah mencapai jualan sehingga RM100,000, bergantung kepada situasi dan prestasi masing-masing.
“Tahun lalu, kami berjaya capai RM2 juta dan tahun ini Insya-Allah sasaran berganda sebanyak RM5 juta, doakan!,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi bekas suri rumah yang kini bergelar rakan kongsi premier Sabella, Siti Jusiza Mhd Nasir berpendapat, Sabella banyak membimbing dan mempersiapkannya dengan ilmu perniagaan yang mudah untuk dipraktikkan.
“Alhamdulillah saya menyertai Sabella sudah hampir empat tahun dan memilih syarikat ini asalnya kerana hendak mulakan bisnes tanpa modal, sebab saya suri rumah.
“Jadi saya bermula dengan dropship tanpa modal dan paling seronoknya Sabella bukan dropship semata-mata, ia membimbing kita menjadi usahawann dropship yang memiliki ‘pemikiran bisnes’ dan memberi bimbingan perniagaan ke tahap lebih tinggi.
“Alhamdulillah, paling tinggi kita pernah capai jualan sebulan RM400,000 dan tahun ini kita menyasarkan RM5 juta,” ujarnya.
Pada majlis sama, Sabella turut mengadakan pertunjukan fesyen untuk memperkenalkan rekaan terbaharu yang lebih menarik serta terkini bagi koleksi akan datang.
Syarikat juga menyasarkan jualan tahun ini sebanyak RM200 juta, selain mengumumkan insentif menarik untuk direbut para usahawan dropship apabila mereka mencapai sasaran jualan pada 2023.
Ia termasuk pakej percutian ke Ho Chi Minh City, Bali dan Turkiye termasuk sebuah kereta mewah Mercedes A200.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.