Sabbaruddin Chik meninggal dunia
Astro Awani
Disember 4, 2021 21:10 MYT
Disember 4, 2021 21:10 MYT
PETALING JAYA: Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam ini setelah seminggu dimasukkan ke PPUM.
Sabbaruddin yang berusia 80 tahun itu pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika dihubungi Astro AWANI ketika ini, anak Allahyarham sedang menguruskan berkenaan proses pengebumian esok.
"Setakat ini tidak banyak yang boleh dikongsi tentang pengebumiannya, belum ada kepastian tetapi difahamkan pengurusan akan mengikut SOP yang ditetapkan.
"Besar kemungkinan urusan pengebumian hanya dijalankan pihak-pihak tertentu sahaja," katanya.
Allahyarham yang menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari 1987 sehingga 1997, mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Allahyarham juga memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 1982 hingga 1987, selain turut pernah menjadi Setiausaha Agung UMNO.
[TERKINI] Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia
#Sabbaruddin Chik
#Sabbaruddin Chik meninggal dunia
#pusat perubatan universiti malaya
#Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan