Sabah umum cuti Krismas 24 dan 25 Disember

Ruzaini Zulkepli
Disember 11, 2019 00:20 MYT
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memukul gong simbolik merasmikan majlis perayaan Krismas Kota Kinabalu di Padang Merdeka pada Rabu malam. - Bernama
Sabah menjadi negeri pertama memberikan cuti tambahan sehari bagi perayaan Hari Natal.
Cuti umum selama dua hari bertarikh 24 dan 25 Disember itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada malam Rabu.
Beliau berkata, penambahan cuti selama sehari (pada 24 Disember) itu diharap dapat memberikan khabar gembira kepada semua rakyat terutamanya penganut Kristian yang menyambut perayaan berkenaan dengan lebih harmoni.
Jelasnya, ia turut dilihat sebagai simbol perpaduan di kalangan rakyat Sabah yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan agama.
"Untuk mempermudahkan supaya perayaan-perayaan yang terdekat ini dapat dijayakan dengan baik.
"Saya nak umumkan cuti dua hari untuk hari raya Krismas yang akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian Majlis Sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu 2019 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, malam tadi.
Majlis itu bertemakan Kemurnian dan Keharmonian anjuran Majlis Gereja-Gereja Sabah.
#cuti krismas #natal #perayaan #Sabah #Shafie Apdal
;