Sabah, Sarawak terus terima hak sedia ada - PM
Harits Asyraf Hasnan
April 9, 2019 15:12 MYT
April 9, 2019 15:12 MYT
Pindaan kepada Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia yang dimeterai pada tahun 1963 (MA63).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, pindaan itu jugak tidak akan mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah konsep federalisme.
“Fasal 2 Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk menggantikan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan semua Negeri yang membentuk Persekutuan dengan mengembalikan, dengan ubah suaian, kedudukan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
“Pindaan ini dibuat selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia yang dimeterai pada tahun 1963. Pindaan ini memenuhi aspirasi dan harapan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, dan semua rakyat Sabah dan Sarawak.
“Pindaan ini, dalam apa-apa cara, tidak mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri di bawah konsep federalisme,” katanya di ketika bacaan kali kedua pindaan rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat hari ini.
Menyedari tuntutan daripada Sabah dan Sarawak, Dr Mahathir menyifatkan negeri Sabah dan Sarawak akan terus menerima hak-hak sedia ada yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Dewan Rakyat
#Dr Mahathir Mohamad
#Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan
#Fasal 2 Rang Undang-Undang
#MA63
#Perdana Menteri
#Perjanjian Malaysia 1963
#Perlembagaan Persekutuan
#pindaan rang undang-undang
#Sabah dan Sarawak