Sabah pastikan pindaan dasar, polisi ambil kira ekonomi dan kesejahteraan rakyat

Eleanor Michelle Patrick
Oktober 3, 2021 16:42 MYT
Hajiji (dua dari kiri) berkata, setiap pindaan polisi dan dasar juga perli mengambil kira ekonomi Sabah serta kesejahteraan rakyat. - Foto ihsan JKM Sabah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memastikan setiap polisi atau dasar yang dipinda berkaitan hak-hak negeri tidak bercanggah dalam Perlembagaan.
Tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, setiap pindaan polisi dan dasar juga perli mengambil kira ekonomi Sabah serta kesejahteraan rakyat.
"Hari ini dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pelbagai perkara melibatkan perundangan dan polisi dibincang serta ditelitikan.
"Saya percaya di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, agenda untuk mengembalikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak bukanlah omong kosong sebaliknya antara fokus utama kerajaan yang akan ditunaikan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Terdahulu Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Wan Junaidi dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Ongkili di kediaman rasminya di Sri Gaya.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Safar Untong dan Peguam Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof.
#Sabah #Hajiji Noor #hak-hak Sabah #Perjanjian Malaysia 1963
;