KOTA KINABALU: Sabah melaksanakan lima strategi pembudayaan dan pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam negeri ke arah kecemerlangan sistem pentadbiran negeri yang cekap, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata strategi pertama melalui komitmen pengurusan atasan yang menitikberatkan prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan memastikan Sabah melonjak sebagai pelopor, peneraju dan penanda aras dalam pengurusan Tadbir urus, Integriti dan Antirasuah (GIA).
"Strategi kedua memantapkan kesedaran mengenai kepentingan penilaian risiko dalam organisasi, ketiga memantapkan langkah kawalan membendung risiko dan ancaman isu integriti, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
"Keempat, keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan memastikan pematuhan pihak berkepentingan dalam agensi kerajaan negeri, kelima pemerkasaan latihan dan komunikasi nilai murni dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran penjawat awam membanteras isu integriti dan rasuah," katanya.
Hajiji berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2023 dan penyerahan Sijil Tamat Program Pegawai Integriti Bertauliah Kerajaan Sabah di sini hari ini.
Mengulas mengenai KITA 2023, Hajiji berkata penganjuran konvensyen selama dua hari dan berakhir esok itu adalah inisiatif perdana yang mendukung pemboleh daya itu ke arah kecemerlangan sistem pentadbiran negeri yang cekap berlandaskan integriti, akauntabiliti dan ketelusan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dalam ucapannya berkata Sabah merupakan satu-satunya negeri yang mengeluarkan arahan berhubung GIA seperti disarankan suruhanjaya itu.
"Ini menunjukkan iltizam dan kesungguhan Kerajaan Sabah dalam usaha membanteras gejala rasuah, pengukuhan tadbir urus dan pembudayaan integriti di negeri Sabah dengan lebih cekap dan efektif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2023 dan penyerahan Sijil Tamat Program Pegawai Integriti Bertauliah Kerajaan Sabah hari ini. - Foto Facebook Hajiji Noor
Sabah FC bukan untuk dijual!
Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya berkata SAFA tidak pernah bertemu dengan individu atau wakil mana-mana pihak yang mendakwa mendapat ‘tawaran’ penjualan saham Sabah FC seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
'Antivenom' obor-obor berasal dari Australia perlu dikaji kesesuaian
Felo Perubatan Ekstrim Dan Wilderness, Dr.Muhamad Naim Ab Razak berkata keberkesanan satu-satunya antivenom rawatan sengatan obor-obor yang ada ketika ini berasal dari Australia perlu dikaji terlebih dahulu.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Taburan hujan 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas - METMalaysia
Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan utara serta timur Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Kong-Rey
Taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke Timur Laut Manila, Filipina.
Konvoi: Pemandu, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut bertembung
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada Ahad.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Trami
Keadaan cuaca itu membawa angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Kerajaan persekutuan beri sokongan padu jayakan inisiatif Ekonomi Biru Sabah - Fahmi
Kerajaan persekutuan akan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada inisiatif Ekonomi Biru yang sedang dilaksanakan Sabah bagi meneroka dan memanfaatkan sumber kekayaan laut di negeri itu.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.
Sabah setuju penyelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA - Hajiji
Kerajaan Sabah bersetuju untuk penyelarasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi 21,228 penjawat awam negeri itu.
Sabah catat 7,448 penempatan pekerjaan setakat 27 Sept - Hajiji
Sabah berjaya mencatat sebanyak 7,448 penempatan pekerjaan untuk penduduk negeri itu setakat 27 Sept lepas menerusi pelbagai usaha kerajaan melalui PERKESO dan pelbagai agensi terlibat.
Belanjawan 2025: Tambah peruntukan Jualan Rahmah MADANI, tingkat kekerapan program hingga pedalaman
Peruntukan tambahan itu kelak akan membolehkan penambahbaikan dilaksanakan merangkumi pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak.