Sabah, Kelantan, Terengganu dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu - MetMalaysia

Bernama
Disember 25, 2024 06:00 MYT
Cuaca sama dijangka melanda Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari bermula 29 Disember ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah selama tiga hari mulai Sabtu ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari Rabu, memaklumkan kawasan terlibat di Sabah termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Sementara itu, cuaca sama dijangka melanda Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari bermula 29 Disember ini.
Turut diramal mengalami cuaca sama adalah seluruh negeri Terengganu.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #hujan berterusan #ramalan cuaca #Sabah #Pantai Timur #cuaca
;