Sabah guna pakai SOP baharu, lakukan penyelarasan ikut keperluan semasa - Masidi

Eleanor Michelle Patrick
April 27, 2022 20:05 MYT
Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagaimanapun ia adalah tertakluk kepada perubahan mengikut kesesuaian negeri Sabah.
KOTA KINABALU: Sabah akan mengguna pakai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagaimanapun ia adalah tertakluk kepada perubahan mengikut kesesuaian negeri Sabah.
"Sabah akan mengikuti namun adalah tertakluk kepada penyelarasan jika dan bila perlu," katanya ringkas kepada Astro AWANI menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.
Terdahulu, Khairy dalam satu sidang media khas telah mengumumkan beberapa kelonggaran baharu kepada SOP COVID-19 di negara ini.
Kelonggaran itu katanya disemak semula susulan peralihan fasa negara ke endemik.
Katanya, pelaksanaan protokol baharu adalah susulan keadaan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam.
Ia termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
Kelonggaran SOP | Mahu terus pakai pelitup muka untuk kesihatan
#kelonggaran sop #SOP baharu COVID-19 #Masidi Manjun #fasa endemik #Fasa Peralihan Ke Endemik
;