KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) hari ini menyerahkan dividen sebanyak RM9 juta kepada kerajaan negeri bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021.
Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan dividen itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif SEC Datuk Harun Ismail kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Mohd. Sofian Alfian Nair.
Turut hadir Pengerusi SEC Datuk Annuar Ayub dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.
Harun dalam taklimatnya kepada Hajiji berkata SEC dan kumpulan syarikatnya mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM42.7 juta bagi tahun 2021.
Keuntungan itu lebih rendah daripada prestasi kumpulan pada tahun 2020 sebanyak RM50.6 juta.
Beliau berkata keuntungan sebelum cukai anak syarikat milik penuh SEC, Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) bagi tahun 2021 menurun kepada RM17.7 juta manakala keuntungan sebelum cukai SEC di peringkat syarikat ialah RM18.1 juta.
"Berbanding modal berbayar Kerajaan Negeri sebanyak RM299.9 juta, pelaburan semula keuntungan terkumpul selama ini telah menyebabkan Dana Pemegang Saham meningkat kepada lebih RM1 bilion pada akhir 2021.
"Sebagai tambahan kepada peningkatan nilai kepada pemegang sahamnya, SEC juga telah membayar dividen berjumlah RM231 juta kepada kerajaan sehingga kini," katanya dalam kenyataan itu.
Harun berkata SEC kekal fokus dalam mengukuhkan portfolio perniagaannya dan mengekalkan keuntungan kumpulan.
Menurutnya SEC akan terus menyediakan bekalan tenaga yang lebih baik, lebih selamat, bersih, mampu milik dan boleh diakses oleh lebih ramai pemegang kepentingan dalam komuniti perniagaan di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Hajiji (tiga dari kanan) menyaksikan penyerahan cek RM9 juta daripada Harun kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Sofian Nair.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Keuntungan bersih TNB meningkat kepada RM1.44 bilion pada suku kedua
Antara faktor kenaikan ialah keuntungan operasi lebih tinggi, pertukaran asing yang menggalakkan dan kos kewangan bersih lebih rendah.
Untung bersih CelcomDigi RM406.02 juta pada suku kedua, umum dividen 3.5 sen
Bagaimanapun, perolehan CelcomDigi berkurang 2.0 peratus kepada RM3.10 bilion berbanding RM3.12 bilion bagi tempoh yang sama.
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.
KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion manakala RM7.48 bilion bagi simpanan shariah.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini
Liza berkata pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.
Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua
Perolehan turut naik kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.
Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan
Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan.
Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022.